Dah seminggu dah tak update blog ni cause minggu ni minggu yang sangat2 la bz,,,
dari kelas petang sampai la ke aktiviti gerko..
tapi takperlah sebab minggu depan dapat rehat sikit sebab lecturer banyak yang takder..
dapat tebus balik masa2 rehat tu,,
Entri kali ni aku nak berkongsi pasal senyum...
senyum tu satu sedekah tau tak? (bagi yang suka senyum la)
bila kita bersedekah, mudah2 je dapat pahala kan?
sooo,jomla kita senyum sokmo (bak kata orang terengganu) hahahahahaha
Senyum ni banyak kebaikannya..meh sini aku senaraikan supaya korang rajin2 nak senyum..
1. Senyum dapat menambahkan pahala..mudah je kan? tak perlu membanting tulang tapi hanya melirikkan sedikit mulut @ bibir tu untuk senyum dengan orang..
2. Senyum secara automatiknya dapat mengurangkan stress.. cuba masa korang marah, korang senyum.. apa akan jadi? aku dah try dan berjaya melegakan hati yang marah!
3. Awet Muda.. ini bak kata orang2 dulu la,,senyum ni dapat mengekalkan seri wajah sampai la korang tua.. even dah takder gigi if korang rajin senyum masa muda2, InsyaAllah akan bertambah2 seri wajah bila dah tua nanti
4. Senaman Mulut. senyum ni dapat menjadikan otot2 mulut korang meregang (kira macam Exercise la)... aku ada pernah dengar orang cakap yang sekali kita senyum, berjuta2 cell kat muka aktif... so, tak heran la kalau ia dipanggil senaman..
Mungkin entri kali ni nampak macam mengarut tapi secara sedar tak sedar, korang dah melakukan pahala yang mudah tapi ganjarannya besar kan?? so, praktikkanlah senyum ni even korang tak suka dengan seseorang..
Segala yang baik datangnya dari Allah, Keburukan pula datang dari kelemahan diri aku sendiri..
Wassalam .....
senyum x perlu kata ape..hahahaha
ReplyDeleteyela cik vina oi,,senyum la selalu :)
ReplyDelete