Lama dah tak mencoret kat sini..
Almaklumla, minggu ni minggu yang agak sibuk dengan tugasan dan kelas..
pensyarah mintak ganti bagi memudahkan kita dan juga dirinya :)
apa2 pon, kita sebagai pelajar kena la ambik semua benda tu dengan Positif sebab sudah jadi tugas kita untuk menuntut ilmu kan? siapa yang kata tidak maknanye dia dah ingkar dengan amanah yang sudah ditetapkan oleh Rasulullah iaitu " Tuntut ilmu Sehingga Ke Liang Lahad".. indah sungguh kata2 ni...
tapi entri kali ni aku nak sentuh pasal Sabar...
1. Definisi sabar ni terlalu umum sebab tak semua orang menganggap sabar ini sesuatu yang baik dan positif.tak percaya? cuba pikir baik2..
2. aku pernah dengan seorang ustaz cakap kalau diri kita sedang berada dalam keadaan yang MARAH, jika kita berdiri, maka duduklah kita... jika kita duduk, maka baring lah kita... perumpamaan ini amat bagus kerana orang yang sabar perlu mengawal diri dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya...
3. cara kedua mengawal sabar ni senang jek.. untuk yang beragama Islam, korang boleh la mengambil wuduk untuk melegakan perasaan marah tu. InsyaAllah dengan berkat air wudhuk, marah korang akan reda. tak percaya? cuba dulu...
4. untuk yang bukan Islam pula, korang boleh membasuh muka atau tangan dengan air yang sejuk. ini kerana hanya air yang dapat memadamkan api kan? maka, gunakanlah air untuk memadamkan api kemarahan korang tu...
5. perasaan marah ni menghasilkan satu tenaga negatif di persekitaran kita. jika dikaji melalui perspektif agama Islam, ini berlaku kerana Syaitan sudah memenuhi persekitaran orang yang sedang marah. dengan itu, korang yang tengah marah ni boleh la pergi ke tempat lain. tak kisah la pergi mana pun, asalkan dapat jauhi dari tenaga2 NEGATIF tu...
6. perkongsian ni aku belajar dan dapat dari pengalaman hidup dan dengar dari cerita2 orang2 dulu. mungkin korang semua bolehla amalkan benda ni secara tak langsung untuk masa depan.
7. segala yang baik datang dari Allah, kelemahan dan keburukan pula datang dari diri saya sendiri... Wassalam...
sabar separuh dari iman...=)
ReplyDeleteyupz
Delete