Sunday, August 1, 2010

Hukum Memakai Inai di Tangan Untuk Pengantin


Assalamualaikum...
Kali ini saya terpanggil untuk menulis artikel yang berkaitan dengan memakai inai di tangan bagi kaum wanita yang hendak berkahwin mahupun untuk kesihatan dan perhiasan.. Ini kerana seorang sahabat saya ada bertanya kepada saya sama ada memakai inai ini haramkah hukumnya?

Bagi menjawab persoalan ini, saya ada merujuk di ruangan harian Metro (Anda Musykil , Dr.Mashitah Jawab).. Beliau menyatakan Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan corak atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.

Berdasarkan kepada petikan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa inai ini tidak salah dipakai oleh kaum wanita asalkan tidak berlebihan dan melampau. Dewasa ini, ramai antara kita yang melukis inai pada tangan seperti tatu. Ini dilarang sama sekali di dalam Islam kerana pada pendapat saya mungkin ia akan merubah kejadian mahupun kesempurnaan seseorang itu.

Pendapat saya tentang pemakaian inai ini pula adalah harus sekiranya tidak melanggar syariat Islam. Contohnya mengikut petua orang - orang tua, inai ini juga elok dipakai jika terdapat "cagu" (sejenis penyakit di ibu jari kaki dan berbau) dan boleh menyembuhkannya. Maka, saya harap dengan penjelasan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan - rakan yang ingin memakai inai di masa hadapan..

Segala kebaikan datangnya dari Allah dan keburukan pula dari kelemahan diri saya sendiri..Wassalam...

3 comments:

  1. Replies
    1. welcome :) untuk maklumat lebih lanjut, leh search kat web JAKIM kay :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete