Alhamdulillah pada hari ini saya mendapat idea yang mencurah - curah tentang isu -isu yang hendak ditulis di dalam blog ini. Pada kali ini saya amat berbesar hati ingin menyentuh isu yang jarang dibincangkan di khalayak kecuali di kuliah-kuliah agama dan sebagainya. Saya hendak menyentuh tentang apa yang wanita tidak perasan tentang penjagaan aurat mereka...
Mungkin dewasa kini memang kita dapat lihat ramai wanita Islam sudah mula memakai tudung. Walaupun ada sesetengahnya yang menganggap pemakaian tudung itu satu fesyen, tidak mengapa lah kerana walaupun bukan dengan hati yang rela, mereka sudah dekat dengan hidayah Allah. Artikel ini bukan hendak menegur wanita tidak bertudung tetapi hendak memberitahu kadang kala wanita ini tidak sengaja telah mendedahkan aurat mereka...
Antara bahagian - bahagian yang biasanya terdedahnya aurat wanita ini adalah :
- Tangan wanita
- Kadang-kala rambut terkeluar sedikit daripada anak tudung
- Tudung yang jarang yang menampakkan leher
Jika diulas satu persatu, apa yang saya sebutkan tangan wanita itu adalah apabila seseorang wanita ingin membuat kerja, dengan tidak sengaja lengan baju akan terjatuh (tersengseng) ke bawah. Sepertimana yang kita tahu,ramai wanita kini sudah memakai handsoft. Penggunaan handsoft ini amat baik bagi saya kerana ia teramat membantu dalam menjada aurat wanita di bahagian lengan itu..
Bahagian kedua adalah di bahagian muka. Bahagian ini jarang diketahui oleh wanita kerana individu itu sendiri tidak akan nampak apa yang ada di muka mereka. Kadang - kala rambut mereka akan terkeluar sedikit daripada anak tudung dan tidak ramai orang mengambil kisah tentang hal ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa rambut adalah aurat bagi wanita dan merupakan mahkota mereka. Cara untuk mengelakkan daripada kes ini berlaku, mereka boleh menyikat dengan kemas rambut mereka dan sisipkan di dalam anak tudung. Memanglah saya akui benda ini seperti remeh temeh tetapi ia amat penting dalam aspek agama...
Bahagian ketiga adalah di bahagian leher. Bahagian ini jarang berlaku tetapi ada juga berlaku di persekitaran kita semua. Ada pemakaian tudung yang diolah dengan berbagai cara sehingga kadang kala menampakkan leher di bahagian belakang mereka. Saya nasihatkan bagi rakan-rakan yang ternampak, tegurlah secara berhemah kerana mungkin tuan empunya diri tidak perasan benda ini belaku ke atas diri mereka...
Artikel yang saya tulis ini bukanlah untuk menegur mana-mana pihak tetapi ini berdasarkan pengalaman saya. Ada ustaz saya pernah mengatakan yang syaitan ini akan bertenggek dibahagian aurat wanita. Itulah sebab mata kaum lelaki ini amat berminat terhadap aurat kaum wanita...
Segala yang saya tulis ini hanyalah sekadar renungan sahaja. Tiada kaitan sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...Wassalam...
No comments:
Post a Comment