Showing posts with label PETUA ORANG LAMA - LAMA. Show all posts
Showing posts with label PETUA ORANG LAMA - LAMA. Show all posts

Saturday, July 7, 2012

~Tuam Kepala ketika Demam~


Assalamualaikum...

Malam ni terasa nak kongsi la plak pengalaman hidup aku masa kecik2 sampai la ke besar bagak ni..hehehe
nak kongsi sikit cerita pasal cara-cara nak tuam atau sejukkan kepala ketika demam (sebab kebetulan anak buah aku demam)...

Cara-caranya adalah :

1. Ambik sehelai kain yang saiznya macam sapu tangan tu lah...

2. Sebelum tu, sediakan dulu semangkuk air yang dicampur dengan ais kat dalam mangkuk. then korang biar dulu bagi air tu sejuk,..

3. Kemudian, ambik tuala tadi dan rendamkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk tadi...

4.Dan yang terakhir sekali, korang letakla kat dahi orang yang demam tu.. InsyaAllah dengan izin Allah, kepala kita akan sejuk dan badan pon akan beransur pulih...

SELAMAT MENCUBA!!!

Aku kongsikan benda ni sebab aku dulu masa demam2 setakat panas2 sikit takderla nak direct terus pergi klinik. almaklumla, KIlinik swasta dulu mahal oi.. lagi2 kalau malam... adoiii..sedih la plak bila teringat macam mana ayah dengan ibu berusaha cari duit lebih bila aku demam... :(...

Segala yan baik datangnya dari Allah, Keburukan pula datang dari kelemaha saya sendiri... Wassalam...

Thursday, June 21, 2012

Tips Untuk Senang Bersin

Assalamualaikum...


Rasa dah lama dah tak tulis kat blog ni.maklumlah, dah masuk semester 6 ni rsa seronok pon ada, sedih pon ada sebab tak lama lagi nak abis dah studi kat Sarawak ni...


entri kali ni aku nak kongsi sikit la tips2 untuk korang semua bersin dengan mudah dan cepat. Tanpa memerlukan bantuan apa2 bahan dan hanya menggunakan Nikmat Allah iaitu Cahaya Matahari.


1. Cara paling mudah untuk bersin adalah dengan pergi ke bawah cahaya matahari then korang pandang je ke atas tepat menghadap matahari. InsyaAllah dengan izin Allah, mudah jek korang akan bersin.


2. Yang penting korang kena la cari mood untuk bersin sebab bersin ni takkan menjadi kalau ada orang tegur (ikut petua orang2 lama la). So, dalam otak korang set dulu yang korang akan bersin. InsyaAllah, menjadi.


3. Bersin ni banyak kebaikannya. Contohnya korang akan merasa lega sangat selepas bersin sebab segala habuk dan hama dalam hidung korang akan keluar dengan sendirinya.


4. Kebaikan lain, menurut pembacaan aku, bersin ni dapat membuang dosa2 kecil kita sepanjang hidup. Sebab itu kita diharuskan untuk mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin bagi yang Islam. Kalau yg Islam tu kalau boleh sebut la Alhamdulillah yek,jangan lah nak jadi "Mat Saleh" dengan sebut " Excuse Me". Kita ada cara kita sendiri kan? lebih elok dan mulia jika bersyukur dengan Allah.


5. Dan yang paling penting, janganlah korang tutup hidung masa bersin ek. sebab ada kajian mengatakan jika kita tutup hidung, biji mata ni boleh terkeluar. itu aku kurang pastilah tapi seelok-eloknya tutupla hidung dan mulut dengan tuala. jangan guna tisu sebab tisu ni pembawa habuk.


6. Last sekali, harap info yang diberikan ni mendatangkan kebaikan untuk diri korang semua untuk dijadikan panduan. Segala yang baik datang daripada Allah, Kelemahan datang dari diri saya sendiri. Wassalam...

Friday, July 30, 2010

Nikmat berjalan di atas rumput

Assalamulaikum...
Info ini tidak dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak bergantung kepada pemikiran (mental) orang itu.. Ini bermaksud "nikmat berjalan di atas rumput" ini mungkin hanya terjadi pada sesetengah orang dan tidak semua orang. Ini kerana pada pengalaman saya selepas mendapat info ini dan cuba mempraktikkan di dalam alam nyta, ternyata ia benar..

Info ini saya dapat dari seorang pensyarah di mana tempat saya belajar yang menyatakan bahawa jika kita berjalan di tengah - tengah cuaca yang panas, terutamanya dalam lingkungan pukul 12 tengahari, elakkan berjalan di jalan yang bertar atau berkonkrit kerana ia akan menyebabkan badan kita terasa bahangnya. Dan cuba anda berjalan di atas rumput (jika ada), maka anda akan terasa kurang bahangnya...

Saya percaya kepada info ini kerana pada pendapat saya dari sudut agama pula, pasti ada hikmahnya Allah menciptakan rumput di muka bumi ini. Dan jika kita sebagai manusia pandai memanfaatkannya, maka pasti ia akan mendatangkan kebaikan. Secara tidak langsung, rumput yang berada di tepi jalan tadi pasti ada fungsinya jika kita pandai menggunakannya...

Kesimpulannya, info mengenai "Nikmat berjalan dia atas rumput" ini hanya sekadar renungan dan apa yang saya dapat dari pengalaman saya. Mana tahu satu hari nanti akan ada kajian tentang penulisan saya ini dan dapat membantu menghijaukan bumi kita yang semakin tercemar... Wassalam...