Thursday, June 21, 2012

Tips Untuk Senang Bersin

Assalamualaikum...


Rasa dah lama dah tak tulis kat blog ni.maklumlah, dah masuk semester 6 ni rsa seronok pon ada, sedih pon ada sebab tak lama lagi nak abis dah studi kat Sarawak ni...


entri kali ni aku nak kongsi sikit la tips2 untuk korang semua bersin dengan mudah dan cepat. Tanpa memerlukan bantuan apa2 bahan dan hanya menggunakan Nikmat Allah iaitu Cahaya Matahari.


1. Cara paling mudah untuk bersin adalah dengan pergi ke bawah cahaya matahari then korang pandang je ke atas tepat menghadap matahari. InsyaAllah dengan izin Allah, mudah jek korang akan bersin.


2. Yang penting korang kena la cari mood untuk bersin sebab bersin ni takkan menjadi kalau ada orang tegur (ikut petua orang2 lama la). So, dalam otak korang set dulu yang korang akan bersin. InsyaAllah, menjadi.


3. Bersin ni banyak kebaikannya. Contohnya korang akan merasa lega sangat selepas bersin sebab segala habuk dan hama dalam hidung korang akan keluar dengan sendirinya.


4. Kebaikan lain, menurut pembacaan aku, bersin ni dapat membuang dosa2 kecil kita sepanjang hidup. Sebab itu kita diharuskan untuk mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin bagi yang Islam. Kalau yg Islam tu kalau boleh sebut la Alhamdulillah yek,jangan lah nak jadi "Mat Saleh" dengan sebut " Excuse Me". Kita ada cara kita sendiri kan? lebih elok dan mulia jika bersyukur dengan Allah.


5. Dan yang paling penting, janganlah korang tutup hidung masa bersin ek. sebab ada kajian mengatakan jika kita tutup hidung, biji mata ni boleh terkeluar. itu aku kurang pastilah tapi seelok-eloknya tutupla hidung dan mulut dengan tuala. jangan guna tisu sebab tisu ni pembawa habuk.


6. Last sekali, harap info yang diberikan ni mendatangkan kebaikan untuk diri korang semua untuk dijadikan panduan. Segala yang baik datang daripada Allah, Kelemahan datang dari diri saya sendiri. Wassalam...

2 comments:

  1. tips bersin??wahhh nak try la tips yng first tu...pergi ke bawah cahaya matahari then korang pandang je ke atas tepat menghadap matahari....

    ReplyDelete
  2. berkesan..dijamin,, cuba dulu coz sebenarnye bersin ni bagus untuk buang2 habuk dalam hidung :)

    ReplyDelete