Monday, September 17, 2012

CinTa SemaSa BelaJar, BaiK aTau BuruK??

Assalamualaikum..

waa,makin kerap plak aku update blog aku ni,haha
aku nak tengok gak apa kuasa blog ni boleh merubah hidup aku...

entry kali ni aku nak citer pasal Cinta Semasa Belajar ni baik atau tidak?
soo,siapa yang ada pendapat,boleh la kongsi kat ruang komen bawah tu ek..

1. secara jujurnya, bagi aku bercinta semasa studi ni memang mendatangkan banyak kebaikan dari keburukan. sebab semasa studi ni, kita perlukan seseorang untuk memberi kita semangat ketika kita down sangat2... banyak perkara yang boleh menyebabkan kita down sebenarnye, tapi kebiasaannya hanya Family dengan orang yg tersayang je yg faham kita kan? bagi aku, aku dah jumpa orang tu..insyAAllah :)

2. Studi sama-sama... ini lah yang aku dengan ija lakukan sepanjang kiteorang bersama. paperpon,aku nak ucapkan TQ DiGi sebab perkhidmatan KOL FREE. kami gunakan ia sebaiknya ketika exam.. aku dengan ija akan kol untuk sama2 mengulangkaji pelajaran. sama2 baca..SOOOO,PADA SIAPA2 YANG CAKAP AKU KEDEKUT ILMU TIME EXAM, SELIDIK DULU SEBELUM BUAT KESIMPULAN OK! SENTAP!

3. assignment. ini yang paling utama. aku ni kalau takder teman untuk message (SMS), memang aku cepat jek tido. soo. terima kasih pada "BUK JA" kerana temankan saya ketika membuat assignment walaupun sampai ke subuh. ini la kebaikan kita ada teman... ALHAMDULILLAH..

4. setakat ni dulu entry aku. entaha ada ke tak yang baca..hahahaha

segala yang baik datang daripada Allah, keburukan pula datang dari diri aku sendiri...Wassalam...

Sunday, September 16, 2012

KaHwin AwaL Baik aTau Buruk?


Assalamualaikum,,,

entry kali ni aku juz nak cerita sikit pasal kahwin.hahaha terpulangla korang nak cakap aku gatal ke ape ke,,yang penting akuu tau sape diri aku,,haha

1. ramai yang cakap kahwin masa muda ni merugikan. mereka kate nak enjoy dulu la, nak buat itu ini la.. tapi bagi aku, aku dah takder apa yang nak dienjoy lagik. sebab zaman skola menengah dulu dah puas aku enjoy dengan kawan2 aku.. so, sekarang ni dah masuk tahap matang kan? kenela berubah ke arah yang lebih baik. :)

2. kawin awal cepat miskin. ini aku paling tak setuju la, sebab bagi aku kawin ni menambahkan rezeki. bila berdua, hidup kita akan lebih teratur sebab dah ada orang yang uruskan. tak percaya? tanya bapak korang..makanan terjaga, minum terjaga,pakaian terjaga..semua terjaga laaaaaa... sebab tu kajian mengatakan bahawa lelaki yang dah berkahwin berpotensi jadi buncit!

3. bila kita kahwin awal, rasa tanggungjawab tu akan serta timbul sebab dah kene jaga anak orang oiii.. ingat senang ke nak bimbing anak orang zaman sekarang,kene penuh ilmu kat dada dulu

4. dan bila dah dikurniakan cahaya mata, barula korang tau perasaan mak bapak korang semasa membesarkan korang. macam mana susahnya nak belikan susu, pampers dengan apa2 jek.. ini pengakuan dari akak aku sendiri..kadang2 tacing gak sebab kecian dengan Encik Abd Jalil dan Puan NOrSaadah mencari duit untuk membesarkan sampai sekarang, Love U ayah dengan ibu!!!!!! :(

oklah,sampai sini dulu aku mencoret tapi bukan mengumpattt,,hahahaa LU KENA BEB!
segala yang baik datang daripada Allah, keburukan pulan datang dari kelemahan aku sendiri :)

PerKara Tak DiJangKa

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah,Praktikum Fasa 2 pon dah nak habis,,dapat dilalui dengan tenang walaupun banyak perkara terjadi masa praktikum kali ni,, meh sini aku senaraikan benda2 yang aku tak jangka tapi dah terjadi semasa praktikum :)

1. Printer Epson L200 yang aku dengan Abid beli dan guna dalam tempoh sebulan tiba3 rosak dan tak dapat dihidupkan, kondisi sekarang masih terlantar di kedai printer Delta Mall. punyerla lama nak betulkan.

2. Penggunaan duit. Tak seperti sem lepas, duit untuk makan dapat dijimatkan kerana aku dengan abid dapat masak di rumah. tapi sem ini kami terpaksa beli di kedai luar terutama semasa Ramadhan. jadi, bajet ada lari sedikit. Bajet Makan aku sorang dalam RM15 sehari. soo, pandai2 la korang kira yek.

3. Membuat RPH PSK dan KT menjadi semakin mudah. RPH PSK dan KT dapat disiapkan dalam masa kurang dari 1jam. ini menakjudkan sebab sem lepas aku makan separuh hari nak siapkan RPH ni,,hahaha

4. Balik setiap Minggu. ini perkara paling aku tak jangka sebab seblum praktikum, aku ada bagitau ija yang aku mungkin takkan balik setiap minggu. tapi sebaliknya berlaku. tiap2 minggu kami berdua pergi sarapan bersama di Bintangor pekena Roti Canai dengan Teh Tarik. menu wajib aku,, hahaha

5. mungkin tu jek kot perkara aku paling tak jangka berlaku semasa praktikum.. tapi yang paling buat aku geram perkara nombor 1.. agak menyusahkan jugak sebab sekarang ni semua benda perlu didokumentasikan.. hahaha aku berhenti dulu stakat ni. nanti aku update lagik,, tak tau la ada yang baca ke tak,,hahaha

Segala yang baik datangnya daripada Allah, keburukan pula datang dari kelemahan diri aku sendiri..wassalam :)

Tuesday, August 21, 2012

huTan Ke SaWit

assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni semua selamat dalam perjalanan beraya ke kampung tercinta,,,
sepanjang perjalanan tu, banyak benda yang difikirkan aku,..
untuk kali ni aku nak kongsi benda yang banyak berubah dari pandangan mata aku..

Isu Satu :
Hutan dah jadi Kelapa Sawit

1. aku nampak banyak sangat perubahan kat kawasan hutan dan kebun. dari kawasan kebun jadi kelapa sawit.
2. habis semua tanah ditarah dan diratakan untuk dijadikan kawasan penanaman kelapa sawit.
3. bukan setakat tanah yang rata tapi bukit yang tinggi pon dah diratakan. sedih sungguh..hilang pemandangan yang cantik.

Tuesday, July 10, 2012

~PeNgORbaNan~

Assalamualaikum...

Entri kali ni aku tak nak cerita apa2 lah,,aku cuma nak post satu LIRIK lagu yang betul2 tacing...
kalau korang dengar mesti ada yang terfikir sejenak tentang lirik lagu ni...

Dan kalau korang nak dengar lagu ni, boleh lah taip kat youtube... enjoy kay kawan2! :)

(Teman Pengganti - Black Malique)

(Black)
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

(Malique)
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

(Black)
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique)
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

(Black)
Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Kuceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

(Malique)
Sejak dua menjak ini, kumencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti

(Malique)
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Saturday, July 7, 2012

~Tuam Kepala ketika Demam~


Assalamualaikum...

Malam ni terasa nak kongsi la plak pengalaman hidup aku masa kecik2 sampai la ke besar bagak ni..hehehe
nak kongsi sikit cerita pasal cara-cara nak tuam atau sejukkan kepala ketika demam (sebab kebetulan anak buah aku demam)...

Cara-caranya adalah :

1. Ambik sehelai kain yang saiznya macam sapu tangan tu lah...

2. Sebelum tu, sediakan dulu semangkuk air yang dicampur dengan ais kat dalam mangkuk. then korang biar dulu bagi air tu sejuk,..

3. Kemudian, ambik tuala tadi dan rendamkan dalam mangkuk yang berisi air sejuk tadi...

4.Dan yang terakhir sekali, korang letakla kat dahi orang yang demam tu.. InsyaAllah dengan izin Allah, kepala kita akan sejuk dan badan pon akan beransur pulih...

SELAMAT MENCUBA!!!

Aku kongsikan benda ni sebab aku dulu masa demam2 setakat panas2 sikit takderla nak direct terus pergi klinik. almaklumla, KIlinik swasta dulu mahal oi.. lagi2 kalau malam... adoiii..sedih la plak bila teringat macam mana ayah dengan ibu berusaha cari duit lebih bila aku demam... :(...

Segala yan baik datangnya dari Allah, Keburukan pula datang dari kelemaha saya sendiri... Wassalam...

Friday, July 6, 2012

~Senyum, Itu Sedekah~



Assalamualaikum...

Dah seminggu dah tak update blog ni cause minggu ni minggu yang sangat2 la bz,,,
dari kelas petang sampai la ke aktiviti gerko..
tapi takperlah sebab minggu depan dapat rehat sikit sebab lecturer banyak yang takder..
dapat tebus balik masa2 rehat tu,,

Entri kali ni aku nak berkongsi pasal senyum...
senyum tu satu sedekah tau tak? (bagi yang suka senyum la)
bila kita bersedekah, mudah2 je dapat pahala kan?
sooo,jomla kita senyum sokmo (bak kata orang terengganu) hahahahahaha

Senyum ni banyak kebaikannya..meh sini aku senaraikan supaya korang rajin2 nak senyum..

1. Senyum dapat menambahkan pahala..mudah je kan? tak perlu membanting tulang tapi hanya melirikkan sedikit mulut @ bibir tu untuk senyum dengan orang..

2. Senyum secara automatiknya dapat mengurangkan stress.. cuba masa korang marah, korang senyum.. apa akan jadi? aku dah try dan berjaya melegakan hati yang marah!

3. Awet Muda.. ini bak kata orang2 dulu la,,senyum ni dapat mengekalkan seri wajah sampai la korang tua.. even dah takder gigi if korang rajin senyum masa muda2, InsyaAllah akan bertambah2 seri wajah bila dah tua nanti

4. Senaman Mulut. senyum ni dapat menjadikan otot2 mulut korang meregang (kira macam Exercise la)... aku ada pernah dengar orang cakap yang sekali kita senyum, berjuta2 cell kat muka aktif... so, tak heran la kalau ia dipanggil senaman..

Mungkin entri kali ni nampak macam mengarut tapi secara sedar tak sedar, korang dah melakukan pahala yang mudah tapi ganjarannya besar kan?? so, praktikkanlah senyum ni even korang tak suka dengan seseorang..
Segala yang baik datangnya dari Allah, Keburukan pula datang dari kelemahan diri aku sendiri..
Wassalam .....