Saturday, August 7, 2010

PENJAGAAN AURAT WANITA



Assalamulaikum..
Alhamdulillah pada hari ini saya mendapat idea yang mencurah - curah tentang isu -isu yang hendak ditulis di dalam blog ini. Pada kali ini saya amat berbesar hati ingin menyentuh isu yang jarang dibincangkan di khalayak kecuali di kuliah-kuliah agama dan sebagainya. Saya hendak menyentuh tentang apa yang wanita tidak perasan tentang penjagaan aurat mereka...

Mungkin dewasa kini memang kita dapat lihat ramai wanita Islam sudah mula memakai tudung. Walaupun ada sesetengahnya yang menganggap pemakaian tudung itu satu fesyen, tidak mengapa lah kerana walaupun bukan dengan hati yang rela, mereka sudah dekat dengan hidayah Allah. Artikel ini bukan hendak menegur wanita tidak bertudung tetapi hendak memberitahu kadang kala wanita ini tidak sengaja telah mendedahkan aurat mereka...

Antara bahagian - bahagian yang biasanya terdedahnya aurat wanita ini adalah :
  1. Tangan wanita
  2. Kadang-kala rambut terkeluar sedikit daripada anak tudung
  3. Tudung yang jarang yang menampakkan leher


Jika diulas satu persatu, apa yang saya sebutkan tangan wanita itu adalah apabila seseorang wanita ingin membuat kerja, dengan tidak sengaja lengan baju akan terjatuh (tersengseng) ke bawah. Sepertimana yang kita tahu,ramai wanita kini sudah memakai handsoft. Penggunaan handsoft ini amat baik bagi saya kerana ia teramat membantu dalam menjada aurat wanita di bahagian lengan itu..

Bahagian kedua adalah di bahagian muka. Bahagian ini jarang diketahui oleh wanita kerana individu itu sendiri tidak akan nampak apa yang ada di muka mereka. Kadang - kala rambut mereka akan terkeluar sedikit daripada anak tudung dan tidak ramai orang mengambil kisah tentang hal ini. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa rambut adalah aurat bagi wanita dan merupakan mahkota mereka. Cara untuk mengelakkan daripada kes ini berlaku, mereka boleh menyikat dengan kemas rambut mereka dan sisipkan di dalam anak tudung. Memanglah saya akui benda ini seperti remeh temeh tetapi ia amat penting dalam aspek agama...

Bahagian ketiga adalah di bahagian leher. Bahagian ini jarang berlaku tetapi ada juga berlaku di persekitaran kita semua. Ada pemakaian tudung yang diolah dengan berbagai cara sehingga kadang kala menampakkan leher di bahagian belakang mereka. Saya nasihatkan bagi rakan-rakan yang ternampak, tegurlah secara berhemah kerana mungkin tuan empunya diri tidak perasan benda ini belaku ke atas diri mereka...

Artikel yang saya tulis ini bukanlah untuk menegur mana-mana pihak tetapi ini berdasarkan pengalaman saya. Ada ustaz saya pernah mengatakan yang syaitan ini akan bertenggek dibahagian aurat wanita. Itulah sebab mata kaum lelaki ini amat berminat terhadap aurat kaum wanita...

Segala yang saya tulis ini hanyalah sekadar renungan sahaja. Tiada kaitan sama ada hidup mahupun meninggal dunia. Yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri...Wassalam...

Sunday, August 1, 2010

Hukum Memakai Inai di Tangan Untuk Pengantin


Assalamualaikum...
Kali ini saya terpanggil untuk menulis artikel yang berkaitan dengan memakai inai di tangan bagi kaum wanita yang hendak berkahwin mahupun untuk kesihatan dan perhiasan.. Ini kerana seorang sahabat saya ada bertanya kepada saya sama ada memakai inai ini haramkah hukumnya?

Bagi menjawab persoalan ini, saya ada merujuk di ruangan harian Metro (Anda Musykil , Dr.Mashitah Jawab).. Beliau menyatakan Inai adalah perhiasan dan cara solekan yang diharuskan bagi wanita dalam Islam. Inai diguna sebagai pewarna rambut dan muka serta hiasan kuku dan jari.

Rasulullah SAW pernah menegur tangan seorang wanita kenapa dia tidak berinai. Tidak salah untuk melukis inai pada tangan asalkan bukan corak atau imej yang dilarang dan menyerupai tatu. Inai harus dilukis dengan corak seperti bunga dan daun.

Berdasarkan kepada petikan di atas, dapatlah saya simpulkan bahawa inai ini tidak salah dipakai oleh kaum wanita asalkan tidak berlebihan dan melampau. Dewasa ini, ramai antara kita yang melukis inai pada tangan seperti tatu. Ini dilarang sama sekali di dalam Islam kerana pada pendapat saya mungkin ia akan merubah kejadian mahupun kesempurnaan seseorang itu.

Pendapat saya tentang pemakaian inai ini pula adalah harus sekiranya tidak melanggar syariat Islam. Contohnya mengikut petua orang - orang tua, inai ini juga elok dipakai jika terdapat "cagu" (sejenis penyakit di ibu jari kaki dan berbau) dan boleh menyembuhkannya. Maka, saya harap dengan penjelasan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu rakan - rakan yang ingin memakai inai di masa hadapan..

Segala kebaikan datangnya dari Allah dan keburukan pula dari kelemahan diri saya sendiri..Wassalam...

Saturday, July 31, 2010

Hukum Memakan Daging Tupai


Assalamualaikum..
Mungkin topik ini pelik bagi sesetengah orang di Malaysia mahupun bagi kaum Melayu. Ini kerana tidak ramai di antara kita yang pernha terfikir untuk memakan daging tupai. Bayangkan binatang yang biasa kita lihat yang berlari - lari sama ada di atas pokok mahupun di wayar elektrik sebenarnya boleh dimakan.
Saya terfikir untuk menulis artikel tentang hukum memakan tupai kerana ketika ber"facebook" tadi, ada ternampak seorang dari rakan saya memakan tupai goreng. Dengan itu terdetik lah hati saya untuk mencari sumber - sumber yang boleh dipercayai tentang hukum memakan tupai ini.

Jika menurut konteks Islam, Tupai adalah harus dimakan. Tupai bukanlah dikategorikan sbg binatang buas ataupun binatang yg suka kepada kekotoran. Tupai adalah sejenis haiwan yg suka memakan tumbuhan/sayuran. Ia tidak beracun dan tidak membahayakan manusia. Manakala, monyet atau kera adalah binatang yg buas, melawan manusia.

Dari Abu Tsa'labah bahawa Nabi s.a.w melarang dari memakan setiap binatang buas yang bertaring (Hadith riwayat Muslim). Perlu diketahui bahawa hadith ini mutawatir sebagaimana ditegaskan Imam Ibnu Abdil Barr dalam At-Tamhid (1/125) dan Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah dalam I'lamul Muwaqqi'in (2/118-119) Maksudnya "dziinaab" yakni binatang yang memiliki taring atau kuku tajam untuk melawan manusia seperti serigala, singa, anjing, harimau, beruang, kera dan sejenisnya. Semua itu haram dimakan". (Lihat Syarh Sunnah (11/234) oleh Imam Al-Baghawi).

Manakala menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di ruangan soal jawabnya menyatakan Ada sebahagian besar ulama' memfatwakan dan menghukumkan bahawasanya binatang tupai adalah termasuk ke dalam binatang-binatang yang halal dimakan.

Dengan itu, pada pandangan saya, tidak salah jika seseorang yang beragama Islam itu memakan daging tupai kerana ia bukanlah binatang yang hidup dua alam seperti katak dan tupai juga bukanlah haiwan yang ganas dan berkuku tajam.

Malahan, ada pendapat dari ahli kesihatan ada menyatakan bahawa daging tupai ini lebih berkhasiat daripada daging ayam. Jika dilihat dari faktor pemakanan tupai, ia lebih baik dalam pemilihan makanan iaitu tupai ini hanya memakan tumbuh - tumbuhan dan buah - buahan sahaja manakala ayam pula makan apa sahaja yang ada di sekelilingnya. Dengan tiu, jika dilihat dari segi logiknya, benarlah daging tupai lebih elok dari daging ayam..

Dari unsur kesihatan pula, ada pendapat menyatakan bahawa daging tupai ini boleh menyembuhkan banyak penyakit seperti kencing manis, diabetes dan sebagainya. setiap organ di dalam tupai itu ada khasiatnya. fakta ini tidak menghairankan saya kerana pada pendapat saya, Allah menciptakan setiap makhluk di muka bumi ini pasti ada hikmahnya. terpulang kepada manusia sama ada mahu menggunakannya ke arah kebaikan mahupun sebaliknya.

Segala penerangan yang saya nyatakan di atas ini hanyalah ingin berkongsi ilmu dengan pembaca - pembaca dan saya harap fakta yang tidak sebanyak mana ini dapat membantu. Jika ingin kan lebih kepastian, cari lah guru atau sumber yang benar - benar sahih..Segala kebaikan datangnya dari Allah dan keburukan datang nya dari kelemahan diri saya sendiri..

Wassalam...

Friday, July 30, 2010

Nikmat berjalan di atas rumput

Assalamulaikum...
Info ini tidak dapat dipastikan sama ada ia benar atau tidak bergantung kepada pemikiran (mental) orang itu.. Ini bermaksud "nikmat berjalan di atas rumput" ini mungkin hanya terjadi pada sesetengah orang dan tidak semua orang. Ini kerana pada pengalaman saya selepas mendapat info ini dan cuba mempraktikkan di dalam alam nyta, ternyata ia benar..

Info ini saya dapat dari seorang pensyarah di mana tempat saya belajar yang menyatakan bahawa jika kita berjalan di tengah - tengah cuaca yang panas, terutamanya dalam lingkungan pukul 12 tengahari, elakkan berjalan di jalan yang bertar atau berkonkrit kerana ia akan menyebabkan badan kita terasa bahangnya. Dan cuba anda berjalan di atas rumput (jika ada), maka anda akan terasa kurang bahangnya...

Saya percaya kepada info ini kerana pada pendapat saya dari sudut agama pula, pasti ada hikmahnya Allah menciptakan rumput di muka bumi ini. Dan jika kita sebagai manusia pandai memanfaatkannya, maka pasti ia akan mendatangkan kebaikan. Secara tidak langsung, rumput yang berada di tepi jalan tadi pasti ada fungsinya jika kita pandai menggunakannya...

Kesimpulannya, info mengenai "Nikmat berjalan dia atas rumput" ini hanya sekadar renungan dan apa yang saya dapat dari pengalaman saya. Mana tahu satu hari nanti akan ada kajian tentang penulisan saya ini dan dapat membantu menghijaukan bumi kita yang semakin tercemar... Wassalam...

Wednesday, July 28, 2010

HUKUM SOLAT KETIKA AZAN

Solat yang didirikan setelah masuk waktu dan ketika azan berkumandang adalah sah. Mereka yang berada di dalam masjid atau surau itu dilarang bersolat sehingga selesai azan berkumandang. Namun bagi yang hanya sekadar mendengar azan itu dari jauh, adalah sah jika bersolat ketika azan masih berkumandang. Sememangnya umat Islam diharuskan mendengar azan sehingga selesai kerana fadilat azan itu sendiri. Rasulullah pernah bersabda: “Andai kata manusia tahu kebaikan azan dan saf awal, tentu mereka akan bersungguh pada-Nya.”

Tuesday, July 27, 2010

PERTAMA KALI

Assalamualaikum.. Alhamdulillah untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup ini, saya dapat menulis di ruangan blog yang semakin hari semakin popular di kalangan remaja seluruh Malaysia. Tujuan saya membuat blog ini adalah untuk berkongsi maklumat tentang ilmu yang ada sepanjang kehidupan saya mahupun bersandarkan kepada pengalaman saya yang sedikit ini. Saya berharap nukilan saya di dalam blog ini tidak disalahtafsirkan kerana oleh mana - mana pihak di masa akan datang. Wassalam...