Semalam saya ada terbaca satu artikel dari akhbar Harian Metro..kat bawah ni saya sertakan apa yang diterangkan oleh Dr.Mashitah bagi menjawab soalan pembacanya..
SAYA memiliki rumah yang dibeli sebelum berkahwin kali kedua selepas tiga tahun. Kemudian, rumah itu saya sewakan kerana suami mendapat peruntukan rumah sewa.
Tahun kedua perkahwinan, saya mengeluarkan semua wang simpanan untuk melunaskan segala hutang, pinjaman dan nafkah anak.
Selepas 15 tahun, saya bercerai dan bekas suami kedua ingin menuntut semua wang sewa rumah serta rumah dibeli sebelum berkahwin dengannya. Adakah dia berhak?
Kedua, sekiranya wang saku diterima isteri setiap bulan dan dikumpul untuk membeli sebidang tanah, adakah ia dianggap harta pencarian bersama?
UMI
Sebarang harta yang puan peroleh sebelum berkahwin dengan suami kedua tidak dianggap harta sepencarian dengannya dan dia tidak berhak terhadap harta tersebut.
Wang saku atau nafkah yang puan terima daripada suami berhak digunakan untuk keperluan diri dan membuat harta. Ia adalah milik puan dan bukan suami.
Kategori harta sepencarian ditetapkan oleh mahkamah dan puan perlu membuat pengisytiharan, ia bukan harta bekas suami...
Sumber : Harian Metro
Alhamdulillah,pada pendapat saya,jawapan yang diberikan oleh Dr. mashitah ni simple tapi padat. insyaAllah pembacanya yang bertanya akan faham akan penjelasan daripada Dr. Mashitah ni,..
Saya rasa suami kedua tidak perlu menuntut apa2 dari isterinya kerana itu adalah hak isteri. Nafkah yang diberikan oleh suami itu adalah hak isteri kerana terpulang pada isteri untuk menggunakannya. Janganlah jadi suami yang dayus dengan mengambil hak isteri..
Kawan saya pernah cerita. Dia tak pernah menggunakan duit isterinya walau sesen sebab dah jadi tanggunjawab die untuk memenuhi segala tuntutan rumahtangga. Tetapi jika isteri dengan rela hendak membantu suami, ia amat digalakkan. Sebab hidup berkahwin ni kan hidup bersama. maka jika senang, sama2 senang la. jika susah, sama2 susah la.. Make it simple.. Oh My English! hehehe
penutup kata, yang baik semuanya datang daripada Allah dan yang tidak baik datang dari kelemahan saya sendiri.. wassalam...
No comments:
Post a Comment