Friday, June 29, 2012

Sabar Itu dari Hati

Assalamualaikum..

Lama dah tak mencoret kat sini..
Almaklumla, minggu ni minggu yang agak sibuk dengan tugasan dan kelas..
pensyarah mintak ganti bagi memudahkan kita dan juga dirinya :)
apa2 pon, kita sebagai pelajar kena la ambik semua benda tu dengan Positif sebab sudah jadi tugas kita untuk menuntut ilmu kan? siapa yang kata tidak maknanye dia dah ingkar dengan amanah yang sudah ditetapkan oleh Rasulullah iaitu " Tuntut ilmu Sehingga Ke Liang Lahad".. indah sungguh kata2 ni...

tapi entri kali ni aku nak sentuh pasal Sabar...

1. Definisi sabar ni terlalu umum sebab tak semua orang menganggap sabar ini sesuatu yang baik dan positif.tak percaya? cuba pikir baik2..

2. aku pernah dengan seorang ustaz cakap kalau diri kita sedang berada dalam keadaan yang MARAH, jika kita berdiri, maka duduklah kita... jika kita duduk, maka baring lah kita... perumpamaan ini amat bagus kerana orang yang sabar perlu mengawal diri dari melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya...

3. cara kedua mengawal sabar ni senang jek.. untuk yang beragama Islam, korang boleh la mengambil wuduk untuk melegakan perasaan marah tu. InsyaAllah dengan berkat air wudhuk, marah korang akan reda. tak percaya? cuba dulu...

4. untuk yang bukan Islam pula, korang boleh membasuh muka atau tangan dengan air yang sejuk. ini kerana hanya air yang dapat memadamkan api kan? maka, gunakanlah air untuk memadamkan api kemarahan korang tu...

5. perasaan marah ni menghasilkan satu tenaga negatif di persekitaran kita. jika dikaji melalui perspektif agama Islam, ini berlaku kerana Syaitan sudah memenuhi persekitaran orang yang sedang marah. dengan itu, korang yang tengah marah ni boleh la pergi ke tempat lain. tak kisah la pergi mana pun, asalkan dapat jauhi dari tenaga2 NEGATIF tu...

6. perkongsian ni aku belajar dan dapat dari pengalaman hidup dan dengar dari cerita2 orang2 dulu. mungkin korang semua bolehla amalkan benda ni secara tak langsung untuk masa depan.

7. segala yang baik datang dari Allah, kelemahan dan keburukan pula datang dari diri saya sendiri... Wassalam...

Friday, June 22, 2012

Qarin Peneman Manusia


Apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah."

Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."

Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia.Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.

#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.

Sudah Pasti dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.

*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.

Kredit Sumber :  scaniaz.blogspot.com

Kesimpulan
1. Korang semua pernah tak ada perasaan MALAS untuk solat awal waktu?? confirm korang ada kan. kadang2 senang2 je kita tangguhkan solat atau tangguhkan melakukan kebaikan dengan alasan ada kerja lain la, banyak masa lagila. aku rasa itu adalah salah satu pujukan Qarin kita untuk menjauhkan diri daripada Allah.

2. Kita tidak ada kuasa untuk menghalang Qarin ni daripada terus menguasai diri kita dan mempengaruhi kita. Apa yang dapat aku nasihatkan, banyakkan la berdoa moga2 diri kita dapat melawan segala pengaruh negatif yang cuba diserapkan di dalam diri ini.

3. Sebenarnya kita tahu diri kita mampu melawan segala ajakan yang membawa diri kita ke arah perkara yang berdosa, tetapi perasaan endah tak endah kita yang menyebabkan DOSA itu seperti kecil dan mempunyai masa untuk bertaubat. Jangan sesekali fikir begitu ye sebab sekarang ramai orang dijemput Allah Taala dengan sekelip mata jek.

4. Segala kebaikan datangnya dari Allah, kelemahan pula dari diri saya sendiri. Wassalam...

Thursday, June 21, 2012

Tips Untuk Senang Bersin

Assalamualaikum...


Rasa dah lama dah tak tulis kat blog ni.maklumlah, dah masuk semester 6 ni rsa seronok pon ada, sedih pon ada sebab tak lama lagi nak abis dah studi kat Sarawak ni...


entri kali ni aku nak kongsi sikit la tips2 untuk korang semua bersin dengan mudah dan cepat. Tanpa memerlukan bantuan apa2 bahan dan hanya menggunakan Nikmat Allah iaitu Cahaya Matahari.


1. Cara paling mudah untuk bersin adalah dengan pergi ke bawah cahaya matahari then korang pandang je ke atas tepat menghadap matahari. InsyaAllah dengan izin Allah, mudah jek korang akan bersin.


2. Yang penting korang kena la cari mood untuk bersin sebab bersin ni takkan menjadi kalau ada orang tegur (ikut petua orang2 lama la). So, dalam otak korang set dulu yang korang akan bersin. InsyaAllah, menjadi.


3. Bersin ni banyak kebaikannya. Contohnya korang akan merasa lega sangat selepas bersin sebab segala habuk dan hama dalam hidung korang akan keluar dengan sendirinya.


4. Kebaikan lain, menurut pembacaan aku, bersin ni dapat membuang dosa2 kecil kita sepanjang hidup. Sebab itu kita diharuskan untuk mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin bagi yang Islam. Kalau yg Islam tu kalau boleh sebut la Alhamdulillah yek,jangan lah nak jadi "Mat Saleh" dengan sebut " Excuse Me". Kita ada cara kita sendiri kan? lebih elok dan mulia jika bersyukur dengan Allah.


5. Dan yang paling penting, janganlah korang tutup hidung masa bersin ek. sebab ada kajian mengatakan jika kita tutup hidung, biji mata ni boleh terkeluar. itu aku kurang pastilah tapi seelok-eloknya tutupla hidung dan mulut dengan tuala. jangan guna tisu sebab tisu ni pembawa habuk.


6. Last sekali, harap info yang diberikan ni mendatangkan kebaikan untuk diri korang semua untuk dijadikan panduan. Segala yang baik datang daripada Allah, Kelemahan datang dari diri saya sendiri. Wassalam...

Thursday, June 7, 2012

DuLu Dan SekaRang

Assalamualaikum,,,


hari ni tergerak pulak hati saya nak cerita pengalaman2 masa kecik2 dulu,,,
sebab masa praktikum hari tu, tengok dak2 sekolah rendah ni main bersama2 tak kira bangsa dan agama. kadang2 terpikir, kenapa bila dah dewasa atau dah besar perkara tu bole berubah semuanya...


haa,nak cerita pengalaman sikit la,,
dulu mase aku kecik2 n kat skola rendah,aku bole jek main dengan semua budak contohnya budak Cina dengan budak India. sebab masa sekolah rendah dulu, takder pon perasaan racist antara kaum ni.. tapi semakin tua dan bila dah masuk sekolah menengah, baru la ada perasaan racist lepas kawan2 aku pon racist  gak...


masa skola rendah dulu, kawan aku ada cina contohnya Esther Lee Mei Jun, kawan india, Teeban Raj..kiteorg main je sama2 dulu,,takdernye pikir nak racist2 ni,,,
tapi tu lah lumrah manusia,,terpengaruh dengan alam sekeliling.. ada sja yg mengapi2kan n stereotaip... 


aku rasa benda ni berlaku bukan kerana didikan di sekolah, tapi mungkin kerana didikan dari rumah tu sendiri atau pengaruh kawan2. sebab guru2 di sekolah takkan ajar benda2 tak elok (aku tau sebab aku pn bakal cikgu).. contoh didikan tak elok dari tv la rasanye kot. sebab tv ni mainkan peranan penting dalam pekembangan seseorang..


tapi takpela,mungkin harmoni Malaysia berlainan dengan definisi harmoni sebenar. selagi masih belum ada perkara buruk berlaku, aku rasa kite kene la kekalkan HARMONI ni.


insyaAllah...

Tuesday, June 5, 2012

HARTA SEPENCARIAN

Assalamualaikum..


Semalam saya ada terbaca satu artikel dari akhbar Harian Metro..kat bawah ni saya sertakan apa yang diterangkan oleh Dr.Mashitah bagi menjawab soalan pembacanya..


SAYA memiliki rumah yang dibeli sebelum berkahwin kali kedua selepas tiga tahun. Kemudian, rumah itu saya sewakan kerana suami mendapat peruntukan rumah sewa.
Tahun kedua perkahwinan, saya mengeluarkan semua wang simpanan untuk melunaskan segala hutang, pinjaman dan nafkah anak. 
Selepas 15 tahun, saya bercerai dan bekas suami kedua ingin menuntut semua wang sewa rumah serta rumah dibeli sebelum berkahwin dengannya. Adakah dia berhak?

Kedua, sekiranya wang saku diterima isteri setiap bulan dan dikumpul untuk membeli sebidang tanah, adakah ia dianggap harta pencarian bersama?



UMI

Ampang


Sebarang harta yang puan peroleh sebelum berkahwin dengan suami kedua tidak dianggap harta sepencarian dengannya dan dia tidak berhak terhadap harta tersebut.

Wang saku atau nafkah yang puan terima daripada suami berhak digunakan untuk keperluan diri dan membuat harta. Ia adalah milik puan dan bukan suami.

Kategori harta sepencarian ditetapkan oleh mahkamah dan puan perlu membuat pengisytiharan, ia bukan harta bekas suami...



Sumber : Harian Metro


Alhamdulillah,pada pendapat saya,jawapan yang diberikan oleh Dr. mashitah ni simple tapi padat. insyaAllah pembacanya yang bertanya akan faham akan penjelasan daripada Dr. Mashitah ni,..


Saya rasa suami kedua tidak perlu menuntut apa2 dari isterinya kerana itu adalah hak isteri. Nafkah yang diberikan oleh suami itu adalah hak isteri kerana terpulang pada isteri untuk menggunakannya. Janganlah jadi suami yang dayus dengan mengambil hak isteri..


Kawan saya pernah cerita. Dia tak pernah menggunakan duit isterinya walau sesen sebab dah jadi tanggunjawab die untuk memenuhi segala tuntutan rumahtangga. Tetapi jika isteri dengan rela hendak membantu suami, ia amat digalakkan. Sebab hidup berkahwin ni kan hidup bersama. maka jika senang, sama2 senang la. jika susah, sama2 susah la.. Make it simple.. Oh My English! hehehe


penutup kata, yang baik semuanya datang daripada Allah dan yang tidak baik datang dari kelemahan saya sendiri.. wassalam...

Monday, June 4, 2012

Assalamualaikum

Assalamualaikum...

lama dah tak Post ape2 kat sini..
ada jugak kawan2 yang mintak saya update blog ni semula sebab mereka kata info ada yang berguna,,
alhamdulillah,komen yang positif dari rakan2..

InsyaAllah,kalau ada kesempatan dan masa, saya akan update blog ni sekerap yang boleh kerana blog ini bukan satu kwajipan saya.. banyak lagi kewajipan yang sedang menunggu saya..

yang terakhir sekali, saya ucapkan terima kasih pada sahabat2 dah kawan2 yang sudi baca blog nilay,,,sesungguhnya segala post atau kata2 yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya sendiri..jika ada sebarang kemusykilan,bolehla tinggalkan komen kay..

segala yang baik datangnya dari Allah,dan segala yang tidak baik datang dari kelemahan saya sendiri. wassalam,,